Tuesday, September 7, 2010

Pepsi o pepsi..

Pepsi Vanila
Apa yang aku nak kongsikan kat sini berkaitan dengan minuman kegemaran kita semua "Pepsi".Kepada sesiape yang tak tau tu pepsi ni spesis sama ngan cola gak la.. hehe
Semalam time nak berbuka tu adalah Seorang mamat ni excited gile nak minum pepsi.. (member kita orng jugak le)
Yelah kalau dah puasa tu memang semua bende kita nak makan tak kiralah kuih-muih, lauk-pauk (tolak batu ngan kayu je...hehe)
Nak dijadikan cite.. tiba je time nak buka puasa, mamat nie minum ler air pepsi tu..tak lama pas tu, mamat nie cam kaku kejap.. hish, kami semua dh panik le tengok mamat nie tadi bukan main happy minum pepsi tu cam monyet dapat bunga je p skrang ni cam pelik je dia nie..
Tiba2 plak mamat nie cam nak pengsan, aku yang dok hairan tengok dia nie pun dengan sepantas kilat aku p lah smbut(ala2 hero tengah nak sambut heroin dier). Muka dia ni dah pucat semacam jew.. nafas plak cam nak terputus jew..(sesak nafas la tu).Adalah member sorang nie pun p renjis air kat muka mamat nie.. yelah nak harapkan aku lagilah aku tengok jew tak tau nak buat ape..(gelabah beb..)
Nasib baik mamat nie cepat sedar.. time dia sedar tu dia tak ingat apa2. Yang dia tahu perut dia sakit pastu terasa cam gas naik kat kepala dia.. tu yang yang menyebabkan dia nak pengsan kot.. hish.. bahaya jugak minum pepsi ni ye.. klu perut belum terisi tu tak yah lah berangan nak minum pepsi ni takut apa2 yang terjadi karang tak pasal2 penuh hospital.. hehe.

p/s: Ni aku serta kan info tentang minuman pepsi. Aku ambik kat wikipedia

Sebahagian pakar pemakanan menegaskan bahawa minuman pepsi dan minuman bergas yang serupa mengandungi bahan asid fosforik yang mungkin merosakkan tulang.Asid fosforik merupakan sejenis asid tak organik dengan formula kimia H3PO4. Asid fosforik" juga boleh merujuk kepada bahan kimia atau bahan uji yang mengandungi asid-asid fosforik, biasanya asid ortofosforik.


Selain tu juga aku da terbaca yang minuman pepsi, cola dan sewaktu dengan nya dapat di gunakan untuk memcuci toilet. kandungan asid yang terdapat dalam pepsi bertindak menghapuskan kotoran degil yang terdapat pada keramik.
e... bayangkan apa yang akan terjadi setiap kali kita minum minuman nie, badan kita akan terhakis seperti mana ia bisa menghakis kotoran di permukaan toilet.. so, apa pendapat korang?