Monday, March 26, 2012

AAR

Perasaan sedih meronta2 dalam diri ibarat ingin menghempas diri di pantai hati.. Sungguh  tidak ku nafikan sekarang naluri hati bersihku mengatasi segala keegoaan ku.. Aku sendiri tidak pasti sampai bila perasaan ini akan mula mereda..
Acap kali aku menge'post' sesuatu di wall mu.. hatiku gembira meronta2 mungkin kau juga akan me'reply' nya..
dan acap kali aku meng'inbox'mu.. alasan mu cuma 1.. busy..  padahal jika terdapat insan lain akan terjadi di sebaliknya.. mmg sikapmu sedemikian..
Hampa.. mmg hampa.. semuanya bagaikan mimpi ngeri sang puteri salju di alam fantasi..Kau tidak mempedulikan bait2 bicara yang terlahir di hatiku.. Mungkin kau malu ada kekasih sepertiku.. tidak secantik orang yang kau idam2kan.. tidak secerdik barisan cendiakawan.. tapi aku.. aku yang tidak kau sanjungi mengagumi mu dalam diam..terima mu seadanya..
Pasrah... pasrah dengan apa yang terjadi.. jika dapat ku ulang semula mungkin aku tidak mahu mengenali insan sepertimu.. yang merupakan gunting dalam lipatan.. sekiranya kau baca luahan hatiku ini.. jangn sesekali kau menafikannya kerna setiap perbuatan bukan kita sendiri yang menilainya.. tetapi orng sekeliling kita yang membuat andaian dan tafsiran tetang kita.. Fikirkan lah..
Terima kasih atas segala2nya..dan ketahuilah kau telah membuatkan hati seorng insan dalam dunia ini pedih sepedihnya.. Terima kasih.. sesungguhnya tiada dendam di hati ku lagi.. ku anggap semua kenangan ini umpama debu2 pasir yang berterbangan di bawa angin petang...

p/s: TERIMA KASIH AAR..