Monday, April 30, 2012

Nur Cahaya


Nur Cahaya...
Nama mu sentiasa bercahaya walau di gelap gelita..
Nama mu sentiasa menyinari hati yang dilanda badai hitam..

Nur Cahaya..
Nama ini yang menemukan pada sang pendengar setia..
Nama ini juga yang sentiasa meniti bibir setiap yang mengenali..

Nur Cahaya..
Cahaya mu makin malap di hati pendengar setia..
Cahaya mu ibarat ditutup awan hitam yang penuh dengan kebencian..
Tidak kah engkau sedar akan namamu kini menjadi musuh kekal dihatinya?
Tidak kah engkau percaya dihatinya ada sebuah perasaan suci?

Nur Cahaya..
Sedarlah, bangkitlah dan  majulah..
Demi sebuah ikatan persahabatan yang kian pudar..
Demi menjalani perjalanan kehidupan yang penuh ranjau berduri..
Demi meniti bait2 bicara yang hilang di telan arus gelora..

Nur Cahaya..
Simbahkan cahaya mu di pelusuh dunia persahabatan..
Bersinarlah dengan penuh gemerlapan..
Namamu kini jadi sebutan di bibirku...
Hanya tinggal kenangan di hari tua ku..




Sunday, April 22, 2012

Terima Kasih..


Terima kasih kerana kau telah berjaya membuka mindaku..
Terima kasih kerana kau telah memberi semangat kepadaku..
Terima kasih kerana kau telah mengembirakan aku..
Terima kasih.. terima kasih yang terhingga..
Aku sentiasa cuba untuk menyayangi dirimu.. seperti engkau menyayangi ku..
Ku harap semua ini akan berkekalan hingga ke akhir hayatku..


Anak Kampung..


 Anak Kampung

Memang aku ini anak orang miskin
Tiada apa-apa yang dapatku berikan
Engkau memang cantik memang tidak padan
Dan tidak sepadan

Aku anak kampung tiada pelajaran
Kuli kuli sahaja memang tida padan
Cantik bah kau itu banyak yang tergoda
Lagi orang kaya

Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun teda ada pun bapa punya
Apa lagi belanja mahu bayar berian
Kahwin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerana aku cinta
Aku lepaskan kau sama
Orang lain

Engkau masih muda cantik lagi menawan
Janganlah kau cari lelaki macam saya
Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal tiadalah guna

http://www.youtube.com/watch?v=FSFZqmpcC0c&feature=related


**************************************************************************
 
Lagu ini mengisahkan seorng lelaki yang tidak punya apa2 harta untuk diberikan pada gadis pujaan..
Bukan dia ni tak suka pada perempuan tu tapi dia tak nak perempuan tu hidup merana bila bersama dengannya.

Tapi..bila aku hayati lagu ni,dalam situasinya seakan2 sebagai alasan dia nak 'break off 'dengan perempuan tu.. Bukan apa, kalau kita dah sayang sangat dengan seseorng, kita sanggup lakukan apa saja demi seseorg tu dan takkan sesekali melepaskan dia pada orng lain.. berlainan plak dengan lagu ni.. dia ni cam tak de perasaan je, siap cakap "Bukannya ku tidak suka sama kamu...tapi aku takut hidup kau kan sengsara..kerana aku cinta..aku lepaskan kau sama orang lain" .Kerana dek tak de harta orng lelaki tu sanggup lepaskan saja perempuan tu?

Lagi 1, rezeki tu bukan kita yang tentukan tapi Allah yang tentukan.. Mana lah tau, jika niat kita baik nak memperisterikan perempuan tu, rezeki kita bertambah ker.. siapa tau kan? Kemewahan bukan kunci kebahagiaan..

p/s: Setiap orng ada tafsiran sendiri..


Itu yang kau mahu..

Singkap kembali detik akhir bersama
Linangan airmataku menitis
Dalam pelukan dakapan yang terakhir
Mengalir darah membasahi bumi
Pergi yang tak kembali untuk selamanya
Segar indah namamu di hatiku

Janganlah kau menolehku lagi
Biarlah ku membawa hati
Jangan ditanya ke mana kupergi

kerana itu yang kau mahu..



Thursday, April 12, 2012

Penantian satu penyiksaan

Penantian satu penyiksaan.. Satu ungkap kata yang penuh dengan makna.. Jika penantian kita itu adalah berita baik.. ia meupakan satu penantian yang bermakna dalam hidup. Berbaloi menunggu.. Dan jika ia boleh meruntum jiwa.. Ia merupakan Penantian satu penyiksaan..
Seperti aku sekarang..2 hari bagaikan 2 tahun aku menunggu untuk satu keputusan mu.. Sesungguhnya apa yang ada dalam hatiku mmg tidak dapat di luahkan dengan kata2. Aku tahu, sukar untuk engkau membuat keputusan. Engkau telah memberi pengharapan pada seorng yang bakal muncul dalam hidupmu dan begitu sukar untuk engkau menolaknya lagi.. Aku faham itu..Dan begitu juaga aku.. Sukar untuk aku melepaskan mu kerana hati aku tidak dapat menerima seseorng dalam hidup ini lagi bukan kerana si dia menolak ku.. tapi jika aku menerimanya. aku seperti menipu diri ku. Dengan ini aku sendiri akan mendengar keputusan darimu..
Harap engkau membuat keputusan dengan betul. Aku terima semua ini dengan redha.. sesuangguhnya tiada yang dapat mengembirakan aku selain melihat insan yang tersayang gembira memilih kehidupan nya.. Akan aku sematkan ke dalam sanubariku kenangan2 kita bersama.. Aku dapt rasakan engkau akan memilih jalanmu sendiri untuk memilih dia yang bakal membahagiakanmu.. Terima kasih.. Aku sentiasa menyanyangi mu seperti mana engkau pernah menyayangiku dahulu..


Pemberian mu ini amat bermakna dalam hidupku..izinkan aku meyimpanya untuk kenangan kita..

Wednesday, April 11, 2012

Pernahkah???

Pernahkah engkau berfikir?
Bagaimana kehidupan ku tanpamu..
Pernahkah engkau mengerti?
Tentang derita ku selama ini..
Pernahkah engkau memahami?
Tentang hatiku padamu..
Pernahkah engkau menyesali?
Punca ku membuat keputusan begitu?
Pernahkah?...


D: Cuai.. ambik gambar letak dalam fb.cakap kat semua orng kau tu mmg cuai.. Macam mana la kalu say tak    de kat sini untuk jaga awak.. Nanti pandai2 la awk bawa diri awk..


Tika itu hatiku pasrah mengenangkan nasib ini.. patah hatiku mendengar bicara mu.. namun aku tetap meyayangimu..

Keajaiban

Ya Allah..
Tabahkan lah hatiku dalam menempuhi setiap cabaran hidup..
Sesungguhnya aku tidak mampu menghadapi setiap ujian dari Mu Ya Allah..
Terangkan lah jalan yang ada di hadapanku untuk aku menjalani liku2 kehidupan Ya Allah..
Keajaiban.. keajaiban.. itu saja yang mampu ku fikirkan Ya Allah...
Sesungguhnya Engkau maha mendengar setiap luahan umatMu ....