Wednesday, May 30, 2012

Aku adalah aku..

Memang pasrah, sedih, dan rasa rendah diri.. banyak benda di fikirkan, tak di sangka.. aku begini.. berita yang tak sepatutnya aku tahu.. berita yang tak sepatutnya berlaku ke atas ku kini sudah terpampang jelas di dapan screen layar kehidupanku. Sedar siapa ku sebenar...................................

Sunday, May 20, 2012

Lelaki... vs perempuan

Nak cakap pasal apa ye.. erm.. cakap pasal perempuan yang tak tau masak..
Sapa2 lelaki yang nak ambik perrempuan tak tau masak nie buat bini? angkat kaki.. hehe.. anyone??
Eh.. tak de sapa yang nak ker? la hai.. betapa malang nye jadi perempuan cam gitu kan..
So para wanita yang kat luar sana.. yang tengah membaca blog sawang saya nie.. updatekan diri anda dengan memasak ekk.. Wanita tak tau masak ni di padang sebelah mata je kan tapi pernah kah anda terfikir kalau lelaki tak pandai masak? (eh.. merepek..lari dari tajuk lah..) Lelaki yang tak tau jadi imam.. erm.. apa komen anda tentang masalah nie? takkan le perempuan yang jadi imam kot..
Zaman sekarng nie kebanyakkan masyarakat tak  pandang serius akan hal nie..Nak tau sebabnya? tanya lah diri masing2.. hehe. Wanita yang selalu kena ejek tak pandai masak nie dengan lelaki, jangan le susah hati coz tak dapat nak pertahankan diri kan.. la nie.. cakap balik kat lelaki yang salu dok ejek tu " Awk nye pandai mengimamkan solat ker?" ha.. ambik engko.. kata2 pedas dah terkeluar.. hehe..

p/s: Renung2kan dan selamat beramal..



Friday, May 18, 2012

Pantai Pandan Lundu














Pantai pandan kat Lundu.. Cantik pemandangannya berbanding Pasir pandak dan Pantai Puteri kat Kuching.
Meh la ramai2 kita menceriakan suasana kat pantai pandan.. hehee

Friday, May 11, 2012

Pembantu Tadbir..

Pembantu tadbir kewangan?? erm.. leh tahan je bunyi jawatan tersebut.. cam ney agaknya schedule tugasannye ek.. mesti mencabar.. hehe.. Mencabar ke tak.. itu yang bakal aku lalui nanti.. Tak lama lagi aku bakal menyelami tugsan sebenar pembantu tadbir kewangan ini.. Hujung bulan berhenti kerja.. pastu nak merenggangkan badan.. rilex2kan minda before melangkah ke alam pekerjaan baru.. Amacam? Dah planning dah.. hehe.. Chaiyok2..

p/s: Ya Allah permudahkan segala urusan ku dalam dunia ini.. Amin ya rabbal a'lamin..

Wednesday, May 9, 2012

Facebook

Cinta suci ku bermula dari facebook..
Hubby.., Sayang sayang sangat2 dengan hubby..
Menghitung hari.. detik demi detik.....

Saturday, May 5, 2012

Kompromi.. itu je ayat yang engko tau!!!!!!

Erm.. tak tau aku nak describe perasaan aku sekarang nie.. geram. marah.. dan menyampah.. Boleh plak engko nak rayu2 kat aku nak suroh aku nie tolong engko? engko ingat aku nie apa hah? aku tak nak ada kaitan dengan engko lagi tau tak? engko yang buat aku berfikiran cam nie.. engko yang buatkan aku jadi jahat kat engko.. engko jugak yang menimbulkan perasaan benci aku kat engko.. dasar tak kenang budi.. engko marah aku tak kenang budi.. tapi engko coba tengok sapa yang tak kenang budi sebenarnya?!!engko buang aku cam kucing kurap.. engko ego.. pentingkan diri sendiri.. takkan sesekali aku mengalah dengan engko lagi.. biar sampai kehujung nyawa aku sekalipun.. biar engko merasa berapa bodohnya dan meyesalnya engko buang aku dulu.. aku nak engko rasa apa yang aku rasa setakat ini.. takkan ada sapa yang sanggup buat apa yang aku buat kat engko dulu.. engko kena ingat tu..!!!! itulah engko fikir dulu apa yang engko kata kat aku sebelum engko meluahkan kepada aku.. kan dah jadi begini.. Aku dah byk kali bagi peluang kat engko.. tapi engko buat tak tau je.. so.. engko tak tau.. aku tak tau.. itu je lah.. yang aku pengang selama ini.. biar engko cakap aku ni jahat.. aku tak peduli.. yang penting aku bebas...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, May 2, 2012

Gunung Gading Lundu

Khamis, 26/4/2012. trip ke Gunung  Gading Lundu Sarawak. Korang layan gambar je lah..





Waterfall pertama yang pertama..

















Tangan luka di sebabkan kejakunan nak buka buah hutan.. Buah apa entah.. tak sempat nak mengkaji..





Aku sempat sampai kewaterfall yang ke waterfall ke 3 jew.. hehe tak larat la nak berjalan menuju destinasi penamat..







Kamera... gua

Haissss.. geram.. banget ni sih.!!!. dah pendatang tu.. buat la cara pendatang.. (bukan PATI k).. nak curi2 barang orng plak.. ingat aku tak tau ke kau curi kamera aku.. Kenapa lah korang dilahirkan sebagai manusia.. spatutnya korang nie layak je di gelar binatang.. tak menghormati hak asasi manusia langsung.. Adik beradik sama je.. Maybe kurang kasih sayang kot.. Tak pe.. Hari ni hari engko.. entah esok lusa hari aku plak.. Allah tu maha Adil.. Sedih plak aku kamera aku jatuh ke tangan busuk engko tu.. Dah la camera tu bayak berjasa pada aku waima harganya murah.. Memang geram lah.. Nanti engko tau apa perasaan aku sekarang nie.. Bodoh betol.. Engko akan ingat aku nie sampai bila2. Menyesal kau buat aku cam tu menangisi kamera ku yang hilang!!


p/s: marah aku dah sampai ke tahap gaban nie..

Monday, April 30, 2012

Nur Cahaya


Nur Cahaya...
Nama mu sentiasa bercahaya walau di gelap gelita..
Nama mu sentiasa menyinari hati yang dilanda badai hitam..

Nur Cahaya..
Nama ini yang menemukan pada sang pendengar setia..
Nama ini juga yang sentiasa meniti bibir setiap yang mengenali..

Nur Cahaya..
Cahaya mu makin malap di hati pendengar setia..
Cahaya mu ibarat ditutup awan hitam yang penuh dengan kebencian..
Tidak kah engkau sedar akan namamu kini menjadi musuh kekal dihatinya?
Tidak kah engkau percaya dihatinya ada sebuah perasaan suci?

Nur Cahaya..
Sedarlah, bangkitlah dan  majulah..
Demi sebuah ikatan persahabatan yang kian pudar..
Demi menjalani perjalanan kehidupan yang penuh ranjau berduri..
Demi meniti bait2 bicara yang hilang di telan arus gelora..

Nur Cahaya..
Simbahkan cahaya mu di pelusuh dunia persahabatan..
Bersinarlah dengan penuh gemerlapan..
Namamu kini jadi sebutan di bibirku...
Hanya tinggal kenangan di hari tua ku..




Sunday, April 22, 2012

Terima Kasih..


Terima kasih kerana kau telah berjaya membuka mindaku..
Terima kasih kerana kau telah memberi semangat kepadaku..
Terima kasih kerana kau telah mengembirakan aku..
Terima kasih.. terima kasih yang terhingga..
Aku sentiasa cuba untuk menyayangi dirimu.. seperti engkau menyayangi ku..
Ku harap semua ini akan berkekalan hingga ke akhir hayatku..


Anak Kampung..


 Anak Kampung

Memang aku ini anak orang miskin
Tiada apa-apa yang dapatku berikan
Engkau memang cantik memang tidak padan
Dan tidak sepadan

Aku anak kampung tiada pelajaran
Kuli kuli sahaja memang tida padan
Cantik bah kau itu banyak yang tergoda
Lagi orang kaya

Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun teda ada pun bapa punya
Apa lagi belanja mahu bayar berian
Kahwin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerana aku cinta
Aku lepaskan kau sama
Orang lain

Engkau masih muda cantik lagi menawan
Janganlah kau cari lelaki macam saya
Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal tiadalah guna

http://www.youtube.com/watch?v=FSFZqmpcC0c&feature=related


**************************************************************************
 
Lagu ini mengisahkan seorng lelaki yang tidak punya apa2 harta untuk diberikan pada gadis pujaan..
Bukan dia ni tak suka pada perempuan tu tapi dia tak nak perempuan tu hidup merana bila bersama dengannya.

Tapi..bila aku hayati lagu ni,dalam situasinya seakan2 sebagai alasan dia nak 'break off 'dengan perempuan tu.. Bukan apa, kalau kita dah sayang sangat dengan seseorng, kita sanggup lakukan apa saja demi seseorg tu dan takkan sesekali melepaskan dia pada orng lain.. berlainan plak dengan lagu ni.. dia ni cam tak de perasaan je, siap cakap "Bukannya ku tidak suka sama kamu...tapi aku takut hidup kau kan sengsara..kerana aku cinta..aku lepaskan kau sama orang lain" .Kerana dek tak de harta orng lelaki tu sanggup lepaskan saja perempuan tu?

Lagi 1, rezeki tu bukan kita yang tentukan tapi Allah yang tentukan.. Mana lah tau, jika niat kita baik nak memperisterikan perempuan tu, rezeki kita bertambah ker.. siapa tau kan? Kemewahan bukan kunci kebahagiaan..

p/s: Setiap orng ada tafsiran sendiri..


Itu yang kau mahu..

Singkap kembali detik akhir bersama
Linangan airmataku menitis
Dalam pelukan dakapan yang terakhir
Mengalir darah membasahi bumi
Pergi yang tak kembali untuk selamanya
Segar indah namamu di hatiku

Janganlah kau menolehku lagi
Biarlah ku membawa hati
Jangan ditanya ke mana kupergi

kerana itu yang kau mahu..



Thursday, April 12, 2012

Penantian satu penyiksaan

Penantian satu penyiksaan.. Satu ungkap kata yang penuh dengan makna.. Jika penantian kita itu adalah berita baik.. ia meupakan satu penantian yang bermakna dalam hidup. Berbaloi menunggu.. Dan jika ia boleh meruntum jiwa.. Ia merupakan Penantian satu penyiksaan..
Seperti aku sekarang..2 hari bagaikan 2 tahun aku menunggu untuk satu keputusan mu.. Sesungguhnya apa yang ada dalam hatiku mmg tidak dapat di luahkan dengan kata2. Aku tahu, sukar untuk engkau membuat keputusan. Engkau telah memberi pengharapan pada seorng yang bakal muncul dalam hidupmu dan begitu sukar untuk engkau menolaknya lagi.. Aku faham itu..Dan begitu juaga aku.. Sukar untuk aku melepaskan mu kerana hati aku tidak dapat menerima seseorng dalam hidup ini lagi bukan kerana si dia menolak ku.. tapi jika aku menerimanya. aku seperti menipu diri ku. Dengan ini aku sendiri akan mendengar keputusan darimu..
Harap engkau membuat keputusan dengan betul. Aku terima semua ini dengan redha.. sesuangguhnya tiada yang dapat mengembirakan aku selain melihat insan yang tersayang gembira memilih kehidupan nya.. Akan aku sematkan ke dalam sanubariku kenangan2 kita bersama.. Aku dapt rasakan engkau akan memilih jalanmu sendiri untuk memilih dia yang bakal membahagiakanmu.. Terima kasih.. Aku sentiasa menyanyangi mu seperti mana engkau pernah menyayangiku dahulu..


Pemberian mu ini amat bermakna dalam hidupku..izinkan aku meyimpanya untuk kenangan kita..

Wednesday, April 11, 2012

Pernahkah???

Pernahkah engkau berfikir?
Bagaimana kehidupan ku tanpamu..
Pernahkah engkau mengerti?
Tentang derita ku selama ini..
Pernahkah engkau memahami?
Tentang hatiku padamu..
Pernahkah engkau menyesali?
Punca ku membuat keputusan begitu?
Pernahkah?...


D: Cuai.. ambik gambar letak dalam fb.cakap kat semua orng kau tu mmg cuai.. Macam mana la kalu say tak    de kat sini untuk jaga awak.. Nanti pandai2 la awk bawa diri awk..


Tika itu hatiku pasrah mengenangkan nasib ini.. patah hatiku mendengar bicara mu.. namun aku tetap meyayangimu..

Keajaiban

Ya Allah..
Tabahkan lah hatiku dalam menempuhi setiap cabaran hidup..
Sesungguhnya aku tidak mampu menghadapi setiap ujian dari Mu Ya Allah..
Terangkan lah jalan yang ada di hadapanku untuk aku menjalani liku2 kehidupan Ya Allah..
Keajaiban.. keajaiban.. itu saja yang mampu ku fikirkan Ya Allah...
Sesungguhnya Engkau maha mendengar setiap luahan umatMu ....

Saturday, March 31, 2012

Dont break my heart...

Angin sepoi2 membelai lembut rambutku..tika ini hatiku seakan2 kosong tanpa sebarang perasaan yang menyinggah.. apakan daya, aku sendiri dalam dilema.. kenangan silam kembali menerjah kotak fikiranku.. Perlukah ada keajaiban yang berada di dunia ini untukku? perlukah?.sedih mengenang nasibku.. takdirku.. dan kenangan ku.. Jika di beri pilihan.. sanggup aku tidak mengenalimu daripada aku menangguh siksa  berjauhan darimu.. Pernah dulu ku katakan..bahawa aku sememangnya memerlukan dirimu.. memang benar, aku sendiri tidak pasti dan tidak dapat ku bohongi perasaan ini.. Pasrah aku dengan takdir ini.. Ya Allah.. Engkau berikan aku kekuatan untuk aku menjalani hidup ini dengan sebaiknya. Sesungguhnya apa yang terjadi ada kebaikan nya.. ada hikmah disebalik kejadian ini.. tapi aku..aku sendir tidak dapat menerima kenyataan berjauhan dengan mu.. mengapa perpisahan terjadi di antara kita??.. mengapa??


P/S: Kita mengambil masa yang singkat untuk jatuh cinta pada seseorng tetapi memerlukan masa yang lama untuk melupakannya..






Thursday, March 29, 2012

Luahan hati.. ada ku kisah??

PUAS AKU MENCUBA...

Puas sudah ku mencuba
Menyakinkan dirimu kasih
Dan ku cuba meleraikan
Kekusutan tersimpul
Namun apa daya...

Puas sudah ku mencuba
Turuti rentak dirimu sayang
Agar tiada tercetus sengketa
Di antara kita untuk selamanya

Engkau sering menduga hati ini
Menggugat kesabaranku
Namun tak pernah aku tunjukkan
Keresahan diwajahku...

Sampai disini saja sayang
Mampu ku pertahankannya
Kerna aku jua insan
Yang perlukan perhatian

Jangan kau sesali lagi
Atau menyalahkan takdir
Lihat pada diri
Di manakah kesilapanmu kasih
Menilai ketulusan

Puas aku cuba untuk tersenyum.. menyembunyikan kesedihanku..

Monday, March 26, 2012

AAR

Perasaan sedih meronta2 dalam diri ibarat ingin menghempas diri di pantai hati.. Sungguh  tidak ku nafikan sekarang naluri hati bersihku mengatasi segala keegoaan ku.. Aku sendiri tidak pasti sampai bila perasaan ini akan mula mereda..
Acap kali aku menge'post' sesuatu di wall mu.. hatiku gembira meronta2 mungkin kau juga akan me'reply' nya..
dan acap kali aku meng'inbox'mu.. alasan mu cuma 1.. busy..  padahal jika terdapat insan lain akan terjadi di sebaliknya.. mmg sikapmu sedemikian..
Hampa.. mmg hampa.. semuanya bagaikan mimpi ngeri sang puteri salju di alam fantasi..Kau tidak mempedulikan bait2 bicara yang terlahir di hatiku.. Mungkin kau malu ada kekasih sepertiku.. tidak secantik orang yang kau idam2kan.. tidak secerdik barisan cendiakawan.. tapi aku.. aku yang tidak kau sanjungi mengagumi mu dalam diam..terima mu seadanya..
Pasrah... pasrah dengan apa yang terjadi.. jika dapat ku ulang semula mungkin aku tidak mahu mengenali insan sepertimu.. yang merupakan gunting dalam lipatan.. sekiranya kau baca luahan hatiku ini.. jangn sesekali kau menafikannya kerna setiap perbuatan bukan kita sendiri yang menilainya.. tetapi orng sekeliling kita yang membuat andaian dan tafsiran tetang kita.. Fikirkan lah..
Terima kasih atas segala2nya..dan ketahuilah kau telah membuatkan hati seorng insan dalam dunia ini pedih sepedihnya.. Terima kasih.. sesungguhnya tiada dendam di hati ku lagi.. ku anggap semua kenangan ini umpama debu2 pasir yang berterbangan di bawa angin petang...

p/s: TERIMA KASIH AAR..



Friday, March 23, 2012

Pasrah..

Detik tiga bulan berakhir,
Engkau pergi meniggalkan aku terkapai2
mencari makna hidup setelah kau anyam janji2 manismu,
Tinggallah aku sendiri,
Tinggallah aku begini,
Dan tinggallah aku menangisi kepergianmu
tanpa aku tahu pengembalianmu disini....

Tegarnya dirimu meninggalkan aku,
Sampainya hatimu  biarkan aku terpaku,
Setelah kau anyam segala janji2mu,
Kau beri aku kepercayaan palsu,
Sungguh sesalku tiada berlaku sebaliknya engkau seorang penipu...